EN | MY

Sarawak State Library

Read.Innovate.Excel

Minggu Keusahawanan 2012 di Pustaka Negeri Sarawak

Posted on 16 October 2012



Kuching - Pustaka
Negeri Sarawak dengan kerjasama TEKUN Nasional, Amanah Saham Nasional Berhad
dan Kolej SATT telah mengadakan Minggu Keusahawanan 2012 pada 28-30 September
2012 bertempat di Pustaka Negeri Sarawak.



 



Pelbagai
aktiviti yang bermanfaat telah diadakan sepanjang 3 hari program tersebut
berlangsung. Antara aktiviti yang telah diadakan sepanjang program tersebut
berlangsung adalah Seminar Rancangan Perniagaan oleh TEKUN Nasional yang
bertujuan untuk memberi khidmat nasihat kepada bakal usahawan untuk memilih
bidang perniagaan yang menguntungkan dan agensi yang boleh dirujuk untuk
mendapatkan pembiayaan. Selain itu, Seminar Pelaburan 360 Hari oleh Amanah
Saham Nasional Berhad juga telah diadakan untuk meningkatkan kesedaran
masyarakat umum tentang kepentingan perancangan kewangan untuk masa depan.
Semasa Minggu Keusahawanan ini diadakan, beberapa bengkel telah diadakan iaitu
Bengkel “Homemade Chocolate”, Bengkel Kek Cawan (cupcake) dan Bengkel
Kraftangan Manik. Melalui bengkel-bengkel ini diharap dapat memberi tunjuk ajar
dan pendedahan kepada orang awam teknik-teknik untuk mencipta produk sendiri
yang boleh digunakan untuk menjana pendapatan. Disamping itu juga, program
Sepetang Bersama Usahawan Wanita juga telah diadakan dimana panel jemputan
adalah Puan Aishah binti Jamil merupakan seorang pemilik kedai dobi Aiza
Laundry & Cleaning Service. Beliau telah berkongsi suka duka dan pengalaman
pahit manis beliau sebelum dan selepas bergelar usahawan.



 



Selain
daripada aktiviti-aktiviti tersebut, terdapat juga pameran produk halal dan
tidak halal oleh pihak JAKIM, pameran NKEA oleh pihak KPDNKK, pameran insurans
oleh TAKAFUL IKHLAS, kaunter khidmat nasihat pihak TEKUN dan ASNB. Malalui
program seumpama ini diharap masyarakat umum dapat menambah pengetahuan dan Pustaka
Negeri Sarawak secara tidak langsung dapat menjalankan tanggungjawab sosial
kepada komuniti di sekitarnya.