EN | MY

Sarawak State Library

Read.Innovate.Excel

Kolokium Pustakawan Sarawak 2012

Posted on 22 April 2013



Kuching -
Bertemakan
“Develop, promote, and support library, library professional and institutions
in the Knowledge & Information Era” PPM Kumpulan Sarawak telah
berkolaborasi dengan Pustaka Negeri Sarawak untuk menjayakan Program Kolokium
Pustakawan Sarawak 2012 yang julung kalinya diadakan bagi membincangkan
perspektif kerjaya kepustakawanan dari tiga aspek penting iaitu Skim
Perkhidmatan, Persatuan dan Kerjaya Pustakawan di Sarawak.



 

Diadakan pada 19 April 2012, objektif
kolokium iaitu “untuk meningkatkan pemahaman dan mempromosikan profesion
maklumat dan perpustakaan di Sarawak” telah
menarik minat peserta untuk turut sama menyumbang idea dan mengutarakan
permasalah kerjajaya pustakawan dan maklumat ini Negeri ini melalui sesi dialog
bersama penal yang diadakan selama satu setengah jam.

Tajuk-tajuk yang
dibentangkan oleh panel-panel jemputan seperti Aspek Skim Perkhidmatan Sosial
(Pustakawan) oleh YBhg Dato’ Raslin Abu Bakar, pembentangan oleh YBhg Prof.
Madya Dr. Mohd Sharif Mohd Saad bertajuk Aspek persatuan & kerjaya
kepustakawanan dan Kerjaya Pustakawan dalam Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak
oleh Encik Japri Bujang Masli telah menarik minat peserta untuk mengikuti sesi
kolokium ini sehingga ke akhir sesi.





Sesi dialog yang
berkisarkan kepada ketiga-tiga pembentangan tersebut cukup mendapat sambutan
yang memberangsangkan dari para peserta dengan maklumbalas yang cukup aktif. Program
setengah hari ini telah dihadiri oleh seramai 53 peserta yang terdiri daripada
pustakawan dari sektor perpustakaan awam, perpustakaan akademik dan
perpustakaan khusus di Kuching.