EN | MY

Sarawak State Library

Read.Innovate.Excel

Seminar Rekod, Arkib 2016 pada 14 dan 15 November

Posted on 12 November 2016

Kuching: Pustaka Negeri Sarawak akan menganjurkan Seminar Rekod dan Arkib 2016 pada 14 dan 15 November ini di premisnya disini.

Menurut kenyataan akhar dikeluarkan semalam, seminar tersebut merupakan salah satu program yang telah dirancang pada tahun khusus untuk jabatan agensi-agensi kerajaan dan orang ramai. Selain itu, aktiviti yang turut berlangsung ialah lawatan nasihat,kursus dan bengkel, penilaian rekod, pelupusan rekod serta pemuliharaan rekod-rekod jabatan bernilai.

"Ini merupakan Seminar Rekod dan Arkib 2016 pertama dianjurkan oleh Pustaka Negeri bertujuan memupuk kesedaran betapa pentingnya arkib dan rekod untuk kemampanan sejarah dan warisan"

"Seminar ini juga menjadi landasan dan medium untuk perkongsian maklumat serta jaringan bagi mengurus rekod awam lebih baik," kata kenyataan itu.

Seminar itu akan dirasmikan oleh Menteri Muda Kesenian dan Kebudayaan Datuk John Sikei Tayai Mewakili Ketua Menteri Datuk Patingi Tan Sri Adenan Satem.
Untuk maklumat lanjut boleh menghubungi Dayangku Horiah Awang Gani atau Vincent Jinap di talian 082-440488 (Repositori Rekod Negeri) atau e-mel ke: dayanghg@sarawak.gov.my atau layari laman sesawang di pautan: www.pustaka-sarawak.com/ras2016