KUCHING – Orang ramai dipelawa untuk datang beramai-ramai mengunjungi tapak pameran Makerspace @ Pustaka Negeri Sarawak pada program STEM Playground 2017 sempena SCaT Fair 2017 pada hari ini hingga Ahad (3 hingga 5 Mac) bermula jam 10 pagi hingga 5 petang bertempat di Pusat Konvensyen Borneo Kuching ( BCCK ).
Antara aktiviti – aktiviti menarik yang akan dianjurkan oleh Pustaka Negeri Sarawak di tapak pameran Makerspace @ Pustaka Negeri Sarawak ialah 3 Doodler, Makey Makey, Digital Photobooth, Promosi Keahlian Pustaka, aktiviti DIY, pameran ’Pustaka in A Box’ dan `3D Printing`.
3D Printing merupakan program utama yang diketengahkan pada pameran tersebut dan merupakan salah satu program Makerspace di Pustaka.
Tujuan utama Pustaka Negeri Sarawak untuk membawa Makerspace ke program STEM Playground ini adalah antaranya untuk mempromosikan aktiviti Makerspace dan memupuk budaya ’Making Things’ atau ’DIY’ di kalangan orang ramai terutamanya golongan muda.
Untuk keterangan dan maklumat lanjut mengenai program Makerspace @ Pustaka Negeri Sarawak, sila hubungi Wan Mazli Wan Razali atau Razak Rambili di talian 082-442000 samb 105 / 348 atau emel mazlir@sarawak.gov.my / razakr@sarawalk.gov.my.
Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2025 23 May 2025
Knowledge Camp 2025 21 Jun 2025
International Archives Week 2025 23 Jun 2025
Sarawak Children's Literature Festival 2025 23 Aug 2025
Sambutan Hari Literasi Sedunia 08 Sep 2025