KUCHING: Persatuan Sejarah Malaysia, Cawangan Sarawak akan menganjurkan ceramah awam bertajuk, Learning from History" pada Sabtu ini, 22 Jun, 9 pagi di Perpustakaan Negeri, di sini.
Menurut kenyataan media yang dikeluarkan persatuan tersebut, Pensyarah Kanan Universiti Malaysia Sabah (UMS) Kota Kinabalu, Profesor Madya Bilcher Bala dijangka hadir bagi menyampaikan ceramah di majlis ini nanti.
Antara tujuan utama majlis ini diadakan ialah untuk memberi pendedahan dan pengetahuan penting apa dan mengapa kita perlu belajar dan memahami sejarah.
Sebagai salah satu subjek yang diajar di sekolah, pelajar diajar bukan sahaja untuk tujuan peperiksaan semata-mata, tetapi lebih kepada memahami dan mempelajari peristiwa bersejarah.
Selain itu, orang ramai pada umumnya juga diingatkan agar mengambil langkah memahami peristiwa bersejarah yang berlaku di negara kita.
Sehubungan itu, Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Sarawak bercadang menjemput beberapa sekolah di sekitar Kuching serta beberapa Persatuan untuk menghadiri ceramah tersebut.
Selain itu, orang ramai juga dialu-alukan untuk menyertai dan mengambil bahagian dalam sesi ceramah tersebut.
Maklumat dan pertanyaan sila hubungi, Pengerusi jawata
Sehubungan itu, Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Sarawak bercadang menjemput beberapa sekolah di sekitar Kuching serta beberapa Persatuan untuk menghadiri ceramah tersebut.
Selain itu, orang ramai juga dialu-alukan untuk menyertai dan mengambil bahagian dalam sesi ceramah tersebut.
Maklumat dan pertanyaan serta sila hubungi, Pengerusi Jawatankuasa Penganjur Persatuan Sejarah Malaysia, Cawangan Sarawak, Dr Hj Loji Roji Bin Hj Saibi di talian, 013-8081110 atau e-mel: r.saibi@yahoo.com.
Pameran Sarawakiana: Menghayati Hari Sarawak 01 Jul 2026
Hari Bersama Pelanggan Pustaka Negeri Sarawak, Sibu 22 Aug 2026
Junior Innovate 2026 Maker Fair X Chumbaka Mid Year Open Day 22 Aug 2026
Borneo Cultural Festival 2026 (Sibu) 03 Sep 2026
Sarawak Children s Art & Literature Festival 2026 (Sibu) 05 Sep 2026