KUCHING – Siri Ceramah Sarawakiana bertajuk “Strategi Pembelajaran Pendidikan Islam dan Penghayatan Akhlak: Kajian Kes di Sekolah-sekolah Menengah di Sarawak” adalah berasaskan hasil kajian peringkat kedoktoran oleh Yang Berusaha Dr. Haji Azhar Haji Ahmad yang merupakan Pengarah Pendidikan Negeri Sarawak sekarang. Sesi ini adalah anjuran bersama Persatuan Perkembangan Profesionalisme Pendidikan Sarawak (PROFES), Pustaka Negeri Sarawak dan Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak.
Ceramah ini akan diadakan pada hari Rabu, 21 Ogos 2019, jam 2:30 petang hingga 4:30 petang bertempat di Galeri™, Pustaka Negeri Sarawak.
Hasil kajian ini telah diterbitkan oleh PROFES pada tahun 2010. Buku ini merupakan salah satu koleksi yang telah diserahkan kepada Pustaka Negeri Sarawak di bawah Akta Penyerahan Bahan. Kajian ini telah melibatkan 935 orang pelajar sekolah menengah di Sarawak yang mengambil mata pelajaran Pendidikan Islam.
Melalui ceramah ini, penulis akan berkongsi dapatan kajian beliau berkaitan dengan pembelajaran Pendidikan Islam, strategi pembelajaran pengaturan kendiri Pendidikan Islam serta penghayatan akhlak pelajar sekolah menengah.
Sesi sesuai dihadiri oleh para pendidik khasnya guru-guru Pendidikan Islam sekolah menengah dan sekolah rendah serta pensyarah-pensyarah dari Institut Pendidikan Guru (IPG).
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Dr. Hajah Norseha Unin di talian 019-8619886, Dr. Dzulkiflee Abdullah di talian 019-8159761 atau Encik Izaruddin Bin Moss di talian 013-5787184. Penyertaan adalah PERCUMA.
Sarawak Bookfair 2025 27 Sep 2025
Jerayawara Sarawak Lestari (Daro) 27 Sep 2025
SAL.co 2025 15 Oct 2025
Makersmeet 2025 18 Oct 2025
Sarawak Global Media and Information Literacy Dialogue 2025 24 Oct 2025