EN | MY

Sarawak State Library

Read.Innovate.Excel

Chairman`s Annual Address 2020

Posted on 02 January 2020

Pustaka Negeri Sarawak akan mengadakan program Chairman’s Annual Address & Appreciation pada 4 Januari 2020 bertempat di GaleriTM Pustaka sebagai pembuka kepada sambutan Ulangtahun Ke-20 Pustaka Negeri Sarawak

Chairman’s Annual Address & Appreciation adalah program tahunan untuk menghargai dan meraikan sumbangan dan kerjasama semua pihak termasuk vendor, rakan-rakan media, kolaborator, konsulat, jabatan-jabatan kerajaan, agensi dan para penulis yang pernah bekerjasama dengan Pustaka Negeri Sarawak.

YBhg. Tan Sri Datuk Amar (Dr.) Haji Hamid Bugo, Pengerusi Lembaga Pengurusan dan Ahli-ahli Lembaga Pengurusan, Pustaka Negeri Sarawak akan turut hadir meraikan program ini.

Antara aktiviti-aktiviti yang akan diadakan adalah pelancaran Le Tour De Park, Pelancaran BeatSpace @Pustaka dan Pelancaran Aesthetic Space.

Beatspace adalah ruang untuk pembelajaran dan pendedahan berkaitan teori dan praktikal seni bermain peralatan muzik seperti Drum, Gitar, Bass, Piano, Percussion, Nyanyian dan Penulisan Skor. Ditubuhkan pada 22 Mac 2019 menyasarkan peminat-peminat muzik.

Manakala AESTHETIC SPACE adalah ruang untuk pembelajaran dan pendedahan berkaitan dengan seni visual, kreativiti dan imaginasi. Aesthetic space bermatlamat membentuk individu yang berkemahiran dan mempunyai pengetahuan asas seni halus melalui penerapan dan latihan kepada unsur-unsur seni disamping mendedahkan kepada prinsip-prinsip seni reka.

Program pada 4 Januari 2020 ini akan dimulai dengan sesi aerobik pada jam 7:00 pagi bertempat di Dataran Pustaka untuk orang ramai. Sejurus selepas itu, akan diadakan sesi penanaman pokok di sekitar Taman Pustaka. Terdapat 20 spesis anak pokok bunga yang akan ditanam, melambangkan kepada sambutan ulang tahun ke-20 Pustaka.

Program ini akan dimeriahkan lagi dengan penganjuran Pustaka’s Open Day Carnival yang akan berlangsung pada 4 & 5 Januari 2020, bermula jam 9:00 pagi hingga 5:00 petang bertempat di Pustaka Negeri Sarawak. Antara pengisian untuk Pustaka’s Open Day Carnival ini ialah: Community Reading Space, Book Swap, Story Telling, pameran, demo dan kuiz. Pelbagai hadiah menarik menanti pengunjung kami. Penyertaan adalah PERCUMA dan TERBUKA kepada orang ramai.