EN | MY

Sarawak State Library

Read.Innovate.Excel

Kunjungan Hormat Pustaka Negeri Sarawak dan Mesyuarat Sekretariat k@Borneo bersama Universitas Tanjungpura, Pontianak

Posted on 05 February 2020

Pustaka Negeri Sarawak merupakan Sekretariat bagi Komiti k@Borneo bagi tahun 2019 - 2021. Komiti ini merupakan kerjasama serantau dalam pembangunan dan perkongsian maklumat mengenai Borneo. Bidang-bidang kerjasama termasuk program-program latihan di samping pengenalan, penerbitan, perkongsian maklumat, penyusunan dan pendigitalan bahan Borneo. Melalui kerjasama ini, ia dapat meningkatkan akses kepada bahan-bahan Borneo.

Oleh itu, Kunjungan Hormat dan Mesyuarat Sekretariat k@Borneo bersama Universitas Tanjungpura, Pontianak telah diadakan pada 4 Februari 2020 yang dianggotai oleh Puan Arpah Adenan dan Puan Norassima Sitam.

Organisasi yang terlibat di dalam mesyuarat tersebut adalah Pustaka Negeri Sarawak, Universitas Tanjung Pura dan Dinas Perpustakaan dan Kearsipan Provinsi Kalimantan Barat.

Antara objektif Mesyuarat tersebut adalah untuk menjalinkan kerjasama dan kolabrasi dalam usaha untuk memelihara sejarah, budaya dan kesenian di antara kedua-dua negara.

#SarawakStateLibrary
#PustakaNegeriSarawak
#ReadInnovateExcel
#Pustaka2020
#Pustaka20thAnniversary
#k@Borneo