15 April 2020, KUCHING - Ibu Pejabat Polis Daerah Kuching telah menerima sumbangan pelindung muka (face shield) daripada Pustaka Negeri Sarawak dan MiLUS Miniatures.
Sumbangan itu telah diterima oleh Puan Dayang Rahmah Binti Haji Awang Bolhan, Timbalan Penguasa Polis merangkap Ketua Bahagian Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti, IPD Kuching.
Inisiatif itu diambil adalah untuk membekalkan kelengkapan pelindung kepada petugas barisan hadapan termasuk anggota polis bagi mencegah penularan wabak Covid-19 selain menggunakan penutup hidung dan mulut semasa mereka menjalankan tugas.
Untuk makluman juga, pelindung muka tersebut telah dihasilkan sepenuhnya oleh kami dengan menggunakan tiga unit 3D printer sumbangan Kedutaan Amerika Syarikat di bawah program American Corner Sarawak dan Printer buatan tempatan dari Proteus.
Setakat ini bekalan pelindung muka tersebut juga telah diagihkan kepada anggota polis di Balai Polis Bintawa, pengusaha tempatan untuk sektor penanaman dan pembekalan sayur-sayuran segar dan petugas kesihatan di Normah Medical Specialist Centre.
Adalah menjadi tanggungjawab kita bersama untuk memutuskan rantaian wabak pandemik Covid-19 daripada terus menular dengan #dudukrenah di rumah dan kasihanilah petugas barisan hadapan kita.
Sarawak Children's Literature Festival 2025 23 Aug 2025
(SIBU) Sarawak Children's Art & Literature Festival 2025 06 Sep 2025
Sambutan Hari Literasi Sedunia 08 Sep 2025
Sambutan Hari Literasi Sedunia 2025 08 Sep 2025
Sarawak Bookfair 2025 24 Sep 2025