EN | MY

Sarawak State Library

Read.Innovate.Excel

SERTAI WORLD QURAN HOUR 2020 PERINGKAT NEGERI SARAWAK SECARA LANGSUNG DI FACEBOOK RASMI PUSTAKA NEGERI SARAWAK

Posted on 14 May 2020

PUSTAKA NEGERI SARAWAK, KUCHING – Pustaka Negeri Sarawak mengajak kita bersama-sama menyokong World #QuranHour 2020 yang akan berlangsung serentak di seluruh dunia pada 20 Ramadan 1441H bersamaan hari Rabu, 13 Mei 2020 bermula jam 11:00 pagi dengan membawa misi Surah Ar-Rahman, 55: 1-78 sebagai solusi mengembalikan keharmonian global, “Reboot Global Harmony”.

Sehubungan itu, Pustaka Negeri Sarawak dengan kerjasama Rumah Ngaji Sarawak telah mengambil inisiatif untuk mengadakan World Quran Hour 2020 Peringkat Negeri Sarawak secara langsung di Facebook rasmi Pustaka Negeri Sarawak dialamat www.facebook.com/pustaka.sarawak pada Rabu, 13 Mei 2020, jam 11:00 pagi – 12:00 tengahari.

Mari kita menyokong dengan mendaftar: http://worldquranhour.ml

Pelaksanaan Malaysia #QuranHour telah bermula sejak tahun 2015 dan World #QuranHour bermula pada tahun 2016 secara tahunan. Sehingga tahun 2019, pelaksanaan World #QuranHour telah diadakan di lebih 3000 lokasi berdaftar di seluruh Malaysia, 300 lokasi berdaftar di 76 buah negara dan telah mencapai 1.46 bilion capaian di media sosial.

Kongsikan DETIK ini dengan memuatnaik gambar dan video anda beserta #worldquranhour #worldquranhourswk

Upcoming Activities

There are no upcoming activities at the moment

View All Activities