EN | MY

Sarawak State Library

Read.Innovate.Excel

PUSTAKA SARAWAK CHANNEL: PERSEMBAHAN PENULIS SARAWAK 2020 (LAGU PUISI TANAH INI | SARAWAK 22 JULAI 1963)

Posted on 20 July 2020

SHAMSUL IDZAM JAMIL merupakan anak jati Kampung Panglima Seman Ulu, Petra Jaya, Kuching, Sarawak. Sebelum menceburi bidang sastera dan penulisan kreatif, beliau merupakan seorang pemuzik serta penggiat lagu-lagu puisi dan pernah merakam album lagu puisi dan pop etnik bersama kumpulan AKIRA di Kuala Lumpur pada tahun 1997/1998 dan menghasilkan satu album penuh AKIRA dan dua album kompilasi bersama NAR Record.

Kini Beliau aktif bersama kumpulan Sayu Ateng dalam memperjuangkan lagu-lagu berunsur etnik kontemporari yang menggunakan dialek bahasa Melayu Sarawak dan pernah membuat persembahan di pentas utama Rain Forest World Music Festival pada tahun 2015. Sehingga kini beliau telah terlibat dalam aktiviti bahasa dan sastera sebagai aktivis pelbagai bidang seni selama lebih 20 tahun.

Lagu Puisi yang bertajuk ‘Tanah Ini (Sarawak 22 Julai 1963)’ dihasilkan bersempena dengan Sambutan Hari Sarawak 2020. Puisi dalam lagu ini berteraskan rasa cinta penulis terhadap perjuangan rakyat Sarawak yang berusaha dalam misi untuk mentadbir negeri sendiri ketika era pemerintahan British. Akhirnya pada 22 Julai 1963 rakyat Sarawak diberi peluang untuk mentadbir negeri sendiri dan menubuhkan kerajaan pentadbiran sendiri sebelum kemerdekaan sepenuhnya dalam penubuhan Negara Malaysia pada 16 September 1963. Penulis menjadikan lagu ini sebagai pemangkin semangat untuk mengenang jasa pejuang-pejuang dahulu.

Perkongsian lagu puisi ini adalah salah satu usaha Pustaka Negeri Sarawak untuk menghargai sumbangan penulis-penulis di Sarawak dan mempromosi hasil karya mereka.

Sila layari akaun YouTube kami di alamat https://www.youtube.com/watch?v=iJvjqJQyydI&feature=youtu.be