EN | MY

Sarawak State Library

Read.Innovate.Excel

Lawatan Tapak ke Perpustakaan di bawah Projek ’Sarawak Digital Communication Centre’

Posted on 22 August 2020

22 Ogos 2020, KUCHING – Pustaka Negeri Sarawak bersama YB Datuk Hajah Sharifah Hasidah Binti Sayeed Aman Ghazali, Menteri Muda di Jabatan Ketua Menteri (Undang-Undang, Hubungan Kerajaan Negeri - Persekutuan dan Pemantauan Projek) merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri Sarawak N.7 Samariang, YBhg. Datu Dr. Sabariah Putit, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri, Transformasi Prestasi dan Penyampaian Perkhidmatan, YBrs. Dr. Haji Morshidi Bin Ahmad, Pengarah, Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) dan YBrs. Dr. Rashidah Haji Bolhassan, Ketua Pegawai Eksekutif, Pustaka Negeri Sarawak telah mengadakan lawatan tapak di beberapa buah Perpustakaan Komuniti terlibat untuk projek Sarawak Digital Communication Centre (DCC).

Untuk makluman, Pustaka Negeri Sarawak telah dipertanggungjawabkan untuk menjadi koordinator kepada 42 perpustakaan di bawah Projek Sarawak Digital Communication Centre (DCC) dan antara 20 perpustakaan tersebut akan disempurnakan oleh Ketua Menteri Sarawak semasa International Digital Economy Conference Sarawak (IDECS) yang akan diadakan pada 7 Oktober 2020 kelak.

Objektif Projek Sarawak Digital Communication Centre (DCC) ini adalah seperti berikut:-

1. Menyediakan platform perkhidmatan dan sokongan ICT
2. Memperkasakan kemahiran digital komuniti dan membina kapasiti bakat
3. Menawarkan pembangunan bekalan kepada pengusaha tempatan
4. Mempertingkatkan kesedaran dan ketersediaan digital untuk keperluan semasa dan masa hadapan

Perpustakaan terlibat yang telah dilawat pada pagi ini adalah:-

1. Perpustakaan Komuniti Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) Kampung Pinang Jawa Gita, Kuching
2. Perpustakaan Komuniti Dewan Bandaraya Kuching Utara Darul Hana Patingan, Kampung Patingan, Jalan Ajibah Abol, Kuching
3. Perpustakaan Komuniti Bilik Gerakan Gabungan, Kampung Semerah Padi Fasa 1, Jalan Semariang, Kuching
4. Perpustakaan Komuniti Pusat Sumber Kemas, Kampung Semariang Batu, Kuching

Sehubungan itu, turut hadir bersama untuk menjayakan lawatan tapak ini adalah Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif dan Ketua-Ketua Sektor, Pustaka Negeri Sarawak, Pegawai daripada Sarawak Multimedia Authority (SMA), Sarawak Centre of Performance Excellence (SCOPE) dan Sarawak Digital Economy Corporation (SDEC).

Semoga dengan adanya projek ini mampu meningkatkan lagi pengetahuan digital dikalangan komuniti setempat.