EN | MY

Sarawak State Library

Read.Innovate.Excel

Lawatan Tapak ke Perpustakaan Pusat Komuniti Kampung Sejingkat

Posted on 02 September 2020

30 Ogos 2020, KUCHING - Lawatan tapak telah diadakan di Perpustakaan Pusat Komuniti Kampung Sejingkat, Kuching untuk Projek Sarawak Digital Communication (DCC) bersama YB Dr Haji Hazland Bin Abang Hipni, Dewan Undangan Negeri Sarawak N.5 Demak Laut, YBhg. Datu Dr. Sabariah Putit, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri, Transformasi Prestasi dan Penyampaian Perkhidmatan, YBrs. Dr. Rashidah Haji Bolhassan, Ketua Pegawai Eksekutif, Pustaka Negeri Sarawak dan Prof Dr. Ir Al-Khalid Bin Othman, Timbalan Ketua Saintis & Timbalan Ketua Penasihat, Sarawak Multimedia Authority (SMA).

Turut hadir bersama adalah Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif dan Ketua-Ketua Sektor, Pustaka Negeri Sarawak, pegawai daripada Sarawak Centre of Performance Excellence (SCOPE), Sarawak Digital Economy Corporation (SDEC) dan komuniti Kampung Sejingkat.

Untuk makluman, Pustaka Negeri Sarawak telah dipertanggungjawabkan untuk menjadi koordinator kepada 42 perpustakaan di bawah Projek Sarawak Digital Communication Centre dan antara 20 perpustakaan tersebut akan disempurnakan oleh Ketua Menteri Sarawak semasa International Digital Economy Conference Sarawak (IDECS) yang akan diadakan pada 7 Oktober 2020.

Objektif projek ini adalah seperti berikut:-
i. Menyediakan platform perkhidmatan dan sokongan ICT
ii. Memperkasakan kemahiran digital komuniti dan membina kapasiti bakat
iii. Menawarkan pembangunan bekalan kepada pengusaha tempatan
iv. Mempertingkatkan kesedaran dan ketersediaan digital untuk keperluan semasa dan masa hadapan

Semoga dengan adanya projek ini mampu meningkatkan lagi pengetahuan digital dikalangan komuniti setempat.