EN | MY

Sarawak State Library

Read.Innovate.Excel

Majlis Pelancaran Kursus E-Pelancongan Oleh YB Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah (Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Sarawak, Menteri Belia dan Sukan Sarawak).

Posted on 07 November 2020

KUCHING - Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Kesenian (MTAC) bekerjasama dengan Pustaka Negeri Sarawak dan Multimedia Authority (SMA) telah melancarkan kursus e-Pelancongan pada 5 November 2020 yang lepas bertempat di Imperial Grand Ballroom 1, Imperial Hotel, Kuching

Modul yang dibangunkan dalam talian e-Pelancongan membantu dalam pembelajaran seiring dengan trend digital global serta inisiatif kerajaan negeri ke arah teknologi digital.

Empat modul telah diperkenalkan, antaranya Kesedaran Pelancongan oleh MTAC, Pelancongan Bertanggungjawab oleh Lembaga Pelancongan Sarawak (STB), Acara Perniagaan oleh Biro Konvensyen Sarawak (SCB) dan Program Duta Pelancongan Sarawak oleh STB.

Kenali Sarawak dan industri pelancongan Sarawak dengan lebih mendalam!
Untuk maklumat lanjut, lawat laman sesawang ePelancongan: https://www.openlearning.com/pustakasarawak/courses/pandei-epelancongan/