KUCHING, 14 September 2021: Bersempena dengan Festival Sarawakiana 2021 bertemakan Daun yang akan diadakan pada kali ini, Pustaka Negeri Sarawak akan meneruskan Siri Ceramah Sarawakiana yang akan fokus kepada Adat Bertungku Selepas Bersalin.
Amalan bertungku merupakan adat tradisional yang penting ketika berpantang dalam masyarakat Melayu. Terdapat beberapa jenis daun yang digunakan di dalam adat ini dan akan dibalut bersama dengan batu tungku seperti daun sirih dan daun mengkudu. Amalan bertungku ini dikatakan dapat membantu para ibu yang baru melahirkan anak bagi melancarkan pengaliran darah kotor, memecahkan lemak dalam badan, mengecutkan rahim dan organ yang bengkak ketika proses bersalin dan mengembalikannya semula kepada keadaan asal.
Selain itu, adat ini juga dapat menghangatkan badan ibu dan juga membuang angin di dalam badan. Adat ini kebiasaannya diamalkan khususnya bagi wanita yang baru melahirkan anak dan semasa dalam proses berpantang.
Jangan lepaskan peluang keemasan ini untuk bersama-sama menyaksikan program tersebut pada :
Penceramah : Puan Melor Binti Dahran
Tarikh : 17 September 2021, Jumaat
Masa : 10.00 pagi
Saluran : YouTube (Pustaka Sarawak) dan Facebook (pustaka.sarawak)
Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi kami di talian 082-440488 atau melalui emel sharulbee@sarawak.gov.my (Encik Muhammad Shahrul Bin Bahro).
(SIBU) Borneo Cultural Festival 2025 03 Jul 2025
Seminar Sarawak Lestari 2025 ( Miri) 03 Jul 2025
Beach Cleaning ( Miri) 04 Jul 2025
Karnival Sarawakku Membaca Siri 7 bersama YB En. Nicholas Kudi Jantai, ADUN N.64 Baleh 12 Jul 2025
Sarawak Children's Literature Festival 2025 23 Aug 2025