25 Mei 2024, KUCHING – Seramai 64 orang wanita yang berusia 50 tahun ke atas telah menghadiri Bengkel Belajar Kemahiran Baru: Teknologi Digital sempena Program Anggun di Usia Emas anjuran Persatuan Sosial PurpeLily Kuching, semalam.
Pustaka telah memperkenalkan kepada peserta penggunaan teknologi digital yang digunakan oleh pengguna Pustaka seperti Aplikasi Angka.sa2, Press Reader dan Platfom e-Learning PANDei.
Ceramah ini telah disampaikan oleh Puan Nurfatini Apandi, Pustakawan dan Encik Mohd Qhairulhafiz. Mereka dibantu oleh fasilitator PANDei, Encik Franklin Giman dan Puan Emmy Malissa, yang memberikan sokongan dalam memahami dan menguasai teknologi yang diajar.
Inisiatif ini diharapkan dapat membantu golongan usia emas untuk meningkatkan literasi digital mereka, membuka peluang baru, dan terlibat secara aktif dalam dunia digital yang berkembang pesat.
Pameran Sarawakiana: Menghayati Hari Sarawak 01 Jul 2026
Juh Nambah Ilmu Siri 2 (Anjuran Pustaka Kuching) 14 Aug 2026
Knowledge Camp Series 2: Create. Play. Code! 15 Aug 2026
Hari Bersama Pelanggan Pustaka Negeri Sarawak, Sibu 22 Aug 2026
Junior Innovate 2026 Maker Fair X Chumbaka Mid Year Open Day 22 Aug 2026