BASIC EMERGENCY RESPONSE AND PRESERVATION SKILLS (BERES) SIRI 7 & SIRI 8 (26-29 Ogos 2024)
30 Ogos 2024, SIBU- Bermula pada tahun 2023, Pustaka Negeri Sarawak telah memperkenalkan program kesedaran pemeliharaan bahan arkib menerusi Basic Emergency Response and Preservation Skills (BERES).
Program ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada Pegawai Rekod Jabatan (PRJ) mengenai teknik-teknik asas digunakan untuk menyelamatkan rekod selepas bencana serta meningkatkan kefahaman tentang kepentingan menyelamatkan rekod selepas bencana terutama sekali di jabatan dan agensi kerajaan Sarawak.
Program selama empat hari ini telah dijalankan di Bilik Seminar, Pustaka Negeri Sarawak Sibu dan melibatkan agensi-agensi seperti Pejabat Daerah Dalat, Pejabat Daerah Kanowit, Pejabat Daerah Julau, Pejabat Daerah Kecil Oya, Pejabat Daerah Kecil Dalat, Pejabat Daerah Kecil Balingian, Pejabat Daerah Meradong, Pejabat Daerah Saratok, Pejabat Daerah Pusa, Pejabat Daerah Lingga dan Pejabat Daerah Pantu.
Jika jabatan/agensi anda berminat untuk menyertai program ini, sila berhubung dengan Encik Mohamad Aizat Bin Ajis di Bahagian Pengurusan Arkib, Sektor Perkhidmatan Depositori melalui aizat2@sarawak.gov.my atau Tel: 082-374 000
#pustakanegerisarawak
#sarawakstatelibrary
#staterecordrepository
#repositorirekodnegeri
#bacarekacemerlang
#readinnovateexcel
#pustaka2024
#beres2024
Please LIKE, COMMENT & SHARE:
https://linktr.ee/pustakanegerisarawak?utm_source=qr_code
//cer
Sarawakiana Exhibition: Sarawak Author's Festival / Legal Deposit 01 Oct 2024
(SIBU) Unity Arts Carnival 19 Oct 2024
Minggu Literasi Media dan Maklumat 2024 24 Oct 2024
(MIRI) Sarawak Book Fair & Authors Festival 2024 24 Oct 2024
Knowledge Camp 2024 26 Oct 2024