31 Disember 2024, KUCHING - Pustaka Negeri Sarawak meraikan ulang tahun ke-25 dengan melancarkan simbolik "๐ ๐๐ฆ ๐๐..." yang telah disempurnakan oleh YBhg. Datuk Dr. Abang Haji Abdul Rauf Abang Haji Zen, Pengerusi Lembaga Pengurusan Pustaka Negeri Sarawak bertempat di Lobi Pustaka Negeri Sarawak.
Program Penanaman Pokok turut diadakan, bertujuan meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap kepentingan alam sekitar, sejajar dengan matlamat pembangunan mampan (SDG).
Ulang tahun ke-25 ini akan terus disemarakkan dengan pelbagai aktiviti menarik yang dirancang untuk orang awam sepanjang tahun 2025.
Tahniah kepada semua warga Pustaka Negeri Sarawak yang turut sama-sama melangkah seiring sepanjang perjalanan Pustaka melakar kejayaan dan perubahan dari tahun 2000 hingga kini.
Turut hadir, Tuan Haji Japri Bujang Masli, Ketua Pegawai Eksekutif Pustaka Negeri Sarawak, Ahli-ahli Lembaga Pengurusan Pustaka Negeri Sarawak, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif, Pustaka Negeri Sarawak dan staf.
Sarawakiana Festival 2025 08 Dec 2025
Ceramah Sarawakiana: Tiang Jerunei : Antara Mistik, Seni dan Identiti 10 Dec 2025
Sanggar dalam Adat, Ritual dan Perjalanan Hidup Masyarakat Bidayuh 11 Dec 2025
Seni Warisan: Bengkel Ukiran Kelembit 12 Dec 2025
Bengkel Seni Baju Ujan (Ngepan Batang Rajang) 13 Dec 2025