EN | MY

Sarawak State Library

Read.Innovate.Excel

Pustaka Negeri Sarawak Perkukuh Kefahaman Pengurusan Rekod Bersama Arkib Negeri Sabah

Posted on 26 June 2025

24 Jun 2025, KUCHING - Repositori Rekod Negeri telah menerima kunjungan sambil belajar oleh Arkib Negeri Sabah yang melibatkan seramai 35 orang pegawai rekod jabatan dari pelbagai Kementerian, Jabatan, Agensi Badan Berkanun Negeri dan PBT Sabah serta pegawai dari Jabatan Arkib Negeri Sabah.

Kunjungan ini bertujuan untuk memberi pendedahan dan meningkatkan pemahaman tentang peranan serta tatacara pemindahan dan penyimpanan rekod bernilai arkib secara sistematik dan efisien.

Usaha ini diharap dapat memperkukuh kerjasama antara negeri serta memperkasa amalan pengurusan rekod yang lebih cekap, bersepadu dan berintegriti.