EN | MY
Sarawak State Government crest - Official crest of the Sarawak government Pustaka Sarawak logo - Pustaka Negeri Sarawak library logo

Sarawak State Library

Read.Innovate.Excel

Kolej Vokasional Miri Johan Pertandingan Video Pendek Program Jom Baca Bersama 10 Minit

Posted on 19 May 2026

19 Mei 2026, KUCHING – Pustaka Negeri Sarawak telah mengumumkan keputusan Pertandingan Video Pendek Sempena Program Jom Baca Bersama 10 Minit yang telah berlangsung dengan jayanya baru-baru ini.

Pertandingan ini dianjurkan sebagai salah satu inisiatif untuk menggalakkan budaya membaca dalam kalangan pelajar di samping memberi ruang kepada peserta untuk menampilkan kreativiti, bakat serta penyampaian mesej yang positif dan inspiratif melalui medium digital.

Bagi Kategori Sekolah Menengah, Kolej Vokasional Miri telah dinobatkan sebagai Johan. SMK Agama Miri pula meraih gelaran Naib Johan, manakala SMK Dato Permaisuri menduduki tempat Ketiga.

Sementara itu, bagi Kategori Sekolah Rendah, SK Long Gang muncul sebagai Johan, diikuti SK Hijrah Badong, Daro sebagai Naib Johan dan SJK(C) Chiaw Nan di tempat Ketiga.

Pustaka Negeri Sarawak turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua peserta, guru pembimbing serta pihak sekolah atas komitmen dan sokongan yang diberikan sepanjang pertandingan ini berlangsung.

Penyertaan yang diterima jelas membuktikan bahawa generasi muda hari ini bukan sahaja berupaya menghasilkan kandungan kreatif yang berkualiti, malah mampu menyampaikan mesej yang bermanfaat kepada masyarakat melalui platform digital.

Sehubungan itu, Pustaka Negeri Sarawak berharap agar program seumpama ini akan terus menjadi medium dalam memupuk minat membaca, memperkasakan kreativiti serta menggalakkan penghasilan kandungan digital yang berinformasi dan berinspirasi.

Pustaka Negeri Sarawak juga berharap agar semua peserta akan terus berkarya dan mengambil bahagian dalam program-program yang akan dianjurkan pada masa akan datang.