EN | MY
Sarawak State Government crest - Official crest of the Sarawak government Pustaka Sarawak logo - Pustaka Negeri Sarawak library logo

Sarawak State Library

Read.Innovate.Excel

Bakarbin Ajak Dinobatkan Johan Pertandingan Video Ulasan Buku 2026

Posted on 19 May 2026

19 Mei 2026, KUCHING – Pustaka Negeri Sarawak mengumumkan keputusan Pertandingan Video Ulasan Buku Sempena Program Jom Baca Bersama 10 Minit 2026 yang dianjurkan bagi menyemarakkan budaya membaca serta menggalakkan penyampaian ulasan buku secara kreatif melalui platform digital.

Pertandingan tersebut turut memberi peluang kepada peserta untuk menampilkan bakat dan kreativiti dalam menghasilkan kandungan digital yang menarik, informatif dan memberi
inspirasi kepada masyarakat.

Bakarbin Ajak menerusi akaun Facebook Cequba Legasi telah dinobatkan sebagai Johan pertandingan. Tempat Naib Johan pula dimenangi oleh Helena Mujan Ronny melalui akaun
Facebook Saya Fatimah Azzahra, manakala Farah Humaira Binti Mohamad Fairuddin menerusi akaun Facebook SMKA Tun Ahmad Zaidi berjaya meraih Tempat Ketiga.

Pustaka Negeri Sarawak merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua peserta yang telah mengambil bahagian serta memberikan komitmen
sepanjang pertandingan berlangsung.

Penyertaan yang diterima jelas memperlihatkan kreativiti peserta dalam menghasilkan video ulasan buku yang bukan sahaja menarik, malah mampu menyampaikan mesej positif
mengenai kepentingan membaca kepada masyarakat.

Pustaka Negeri Sarawak berharap agar program seumpama ini akan terus menjadi medium untuk memperluas perkongsian ilmu, memupuk minat membaca serta menggalakkan
penghasilan kandungan digital yang berkualiti dan memberi manfaat kepada masyarakat.

Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua pemenang dan peserta yang telah menjayakan pertandingan ini!