24 Julai 2026, KUCHING – Pustaka Negeri Sarawak menerima lawatan penanda aras daripada delegasi Arkib Negara Malaysia yang diketuai oleh Puan Siti Hawiyah binti Manan, Pengarah Bahagian Pengembangan, bersama sembilan pegawai lain, hari ini.
Lawatan ini bertujuan untuk mempelajari amalan terbaik serta berkongsi pengalaman dalam pelaksanaan teknologi dan sistem pengurusan perpustakaan dan arkib.
Sepanjang lawatan, delegasi diberikan taklimat mengenai amalan terbaik yang dilaksanakan oleh Pustaka Negeri Sarawak, merangkumi Sistem Pengurusan Perpustakaan Bersepadu Angka.Sa2, Archive Records Management System (ARMS), penggunaan teknologi Radio Frequency Identification (RFID) bagi pengurusan koleksi, Self-Check Kiosk serta Smart Access System dalam memperkasakan penyampaian perkhidmatan perpustakaan yang cekap, moden dan mesra pengguna.
Delegasi telah disambut oleh Ketua Pegawai Eksekutif Pustaka Negeri Sarawak, Tuan Haji Japri Bujang Masli, bersama barisan pengurusan Pustaka Negeri Sarawak.
Lawatan ini mencerminkan komitmen kedua-dua organisasi dalam memperkukuh jaringan kerjasama strategik, berkongsi kepakaran dan amalan terbaik serta memacu transformasi digital dalam pengurusan perpustakaan, arkib dan rekod.
Pameran Sarawakiana: Menghayati Hari Sarawak 01 Jul 2026
Sarawak Literature Festival 2026 23 Sep 2026
Perkhemahan Ilmu Siri 2 (2026) 17 Oct 2026
Minggu Literasi Media dan Maklumat Global (UNESCO) 2026 26 Oct 2026
Sarawak Global Media & Information Literacy Dialogue 2026 29 Oct 2026