KUCHING – Pustaka Negeri Sarawak (Pustaka) akan menganjurkan Sarawak Children’s Arts & Literature Festival (SCALF) 2026 pada 12 dan 13 September 2026, bertempat di Pustaka Negeri Sarawak, Kuching.
Berlangsung dari jam 9.00 pagi hingga 6.00 petang, festival ini kembali dengan lebih meriah melalui 16 ruang interaktif yang direka khas untuk memberikan pengalaman pembelajaran dan penerokaan yang menyeronokkan kepada kanak-kanak berusia 4 hingga 12 tahun.
SCALF 2026 mengetengahkan pelbagai aktiviti yang menggabungkan elemen seni, kreativiti, kesusasteraan, sains, permainan, alam semula jadi, makerspace, persembahan dan penerokaan, di samping menyediakan ruang untuk kanak-kanak membaca, bermain, berkarya serta mengembangkan imaginasi mereka dalam suasana yang interaktif dan menyeronokkan.
Penganjuran festival ini bertujuan memupuk minat membaca, menggalakkan kreativiti serta menyemai budaya berkarya dan berimaginasi dalam kalangan kanak-kanak melalui pendekatan pembelajaran yang lebih santai, kreatif dan menyeronokkan.
Orang ramai, khususnya ibu bapa dan keluarga, dijemput untuk membawa anak-anak menyertai festival ini dan meneroka pelbagai ruang serta aktiviti yang disediakan.
Kemasukan adalah PERCUMA dan terbuka kepada semua.
SCALF 2026 turut menjadi platform untuk memperkenalkan Pustaka sebagai sebuah ruang pembelajaran dan penerokaan yang mesra kanak-kanak, di samping menggalakkan keluarga meluangkan masa bersama dalam aktiviti yang berteraskan ilmu, seni dan kreativiti.
Maklumat lanjut mengenai pengisian dan aktiviti SCALF 2026 akan dikemas kini dari semasa ke semasa melalui Facebook rasmi dan laman web Pustaka Negeri Sarawak.
Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada Puan Nurfatini Apandi di nurfatini@sarawak.gov.my atau 082-520000 sambungan 347, dan Puan Ong Soon Foong di ongsf@sarawak.gov.my atau 082-520000 sambungan 347.
Pameran Sarawakiana: Menghayati Hari Sarawak 01 Jul 2026
Juh Nambah Ilmu Siri 2 (Anjuran Pustaka Kuching) 14 Aug 2026
Knowledge Camp Series 2: Create. Play. Code! 15 Aug 2026
Hari Bersama Pelanggan Pustaka Negeri Sarawak, Sibu 22 Aug 2026
Junior Innovate 2026 Maker Fair X Chumbaka Mid Year Open Day 22 Aug 2026