EN | MY

Sarawak State Library

Read.Innovate.Excel

PUSTAKA NEGERI SARAWAK ANJUR HARI INTEGRITI BERTEMAKAN “INTEGRITI DALAM DUNIA DIGITAL”

Posted on 04 August 2020

Pustaka Negeri Sarawak akan menganjurkan Hari Integriti 2020 yang bertemakan ’Integriti Dalam Dunia Digital’ pada 5 Ogos 2020 melalui aplikasi Zoom Webinar dan Facebook rasmi Pustaka Negeri Sarawak bermula jam 10 pagi hingga 11:30 pagi.

Sehubungan itu, program ini merupakan salah satu pengisian untuk sambutan ulangtahun Ke-20 Pustaka Negeri Sarawak yang bertujuan untuk memberi pendedahan berkaitan integriti khusus kepada staf Pustaka Negeri Sarawak dan juga penjawat awam dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab mereka. Antara objektif Hari Integriti ini diadakan adalah:-

(i) Untuk mendapatkan pandangan pakar berhubung isu integriti semasa perintah kawalan pergerakan dilaksanakan
(ii) Untuk memberi pendedahan dan kesedaran berkaitan integriti dalam perkhidmatan awam
(iii) Untuk mengukuhkan pembudayaan dan pelaksanaan integriti dalam menjalankan tugas sebagai penjawat awam





Untuk makluman, Forum “Integriti Dalam Dunia Digital” ini akan dikupas oleh dua (2) orang panel iaitu Encik Adiman Ajem, Ketua Pejabat Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM), Wilayah Sarawak dan Tuan Zulhairy Zaidel, Pengawai Siasatan UNION, Jabatan Ketua Menteri. Tema “Integriti dalam Dunia Digital” ini dipilih adalah kerana banyak transaksi dalam talian telah dilakukan oleh penjawat awam semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikeluarkan pada Mac 2020 yang lepas. Antara topik-topik yang akan dibincangkan oleh mereka adalah:-

(i) Pengurusan mesyuarat secara maya
(ii) Pelaksanaan bekerja dari rumah
(iii) Transaksi pembelian dan pembayaran secara dalam talian

Kesemua penjawat awam Kerajaan Negeri Sarawak adalah dijemput untuk turut serta dan penyertaan adalah PERCUMA.