Menyambut baik jemputan kerjasama Borneo Cultural Festival pada tahun yang lepas, Pustaka Negeri Sarawak, Sibu sekali lagi bekerjasama dengan Majlis Perbandaran Sibu bagi pengisian program Borneo Cultural Festival 2026 pada 3hb - 12hb September 2026 di Melayu/Melanau Pavilion. Cadangan penglibatan ini dilihat sejajar dengan salah satu fungsi Pustaka Negeri Sarawak berdasarkan Sarawak State Library Ordinance (SSLO) 1999, di mana peranan Pustaka Negeri Sarawak adalah termasuk memudahkan penyebaran ilmu dan maklumat, penghayatan seni, budaya, tradisi, sejarah dan pencapaian negeri serta rakyatnya.
Pustaka Negeri Sarawak akan menjalankan beberapa pengisian program yang mengetengahkan bukan sahaja usaha penghayatan warisan budaya tetapi juga usaha ke arah pembelajaran sepanjang hayat bagi rakyat Sarawak.
By sending your details here, you will be receiving updates (if any) on the upcoming event above / Dengan menghantar emel anda di sini, anda akan menerima sebarang kemaskini aktiviti di atas (jika ada)
Pameran Sarawakiana: Menghayati Hari Sarawak 01 Jul 2026
Juh Nambah Ilmu Siri 2 (Anjuran Pustaka Kuching) 14 Aug 2026
Hari Bersama Pelanggan Pustaka Negeri Sarawak, Sibu 22 Aug 2026
Junior Innovate 2026 Maker Fair X Chumbaka Mid Year Open Day 22 Aug 2026
Borneo Cultural Festival 2026 (Sibu) 03 Sep 2026