Siri Ceramah Sarawakiana yang bertajuk “Knowledge Sharing on E-Sarawak Gazette Project: Collaboration Initiative By Pustaka Negeri Sarawak & Unimas” akan diadakan pada 18 Februari 2021, Khamis pada jam 1:00 petang di laman sosial Pustaka Negeri Sarawak (Facebook dan YouTube).
Ceramah ini adalah untuk menerangkan secara terperinci mengenai projek yang dijalankan oleh Unimas yang merupakan inisiatif untuk menambahbaik perkhidmatan electronic Sarawak Gazette yang telah dibangunkan oleh kumpulan KIK White Hornbill, Pustaka Negeri Sarawak pada tahun 2013. Projek ini akan dibentangkan oleh Dr. Suhaila Saee, Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat, Universiti Malaysia Sarawak.
Objektif ceramah ini diadakan adalah untuk memperkenalkan dan mempertingkatkan perkhidmatan rujukan Sarawak Gazette kepada pengguna dan orang awam serta untuk memberi pendedahan kepada orang awam tentang kepelbagaian budaya dan akses yang terdapat di Sarawak.
Anda boleh mendaftar di https://trial.pustaka-sarawak.com/apps/events/index-event.php?eid=EVE1613442916
Penyertaan adalah percuma dan terbuka kepada orang ramai.
Untuk sebarang pertanyaan lanjut, anda boleh berhubung dengan Puan Dayang Nur Syima Awang Adrus (cmasyima@sarawak.gov.my) / Aidashermilla Hashim (aidasheh@sarawak.gov.my) di talian 082-440488.
Jejak Sarawakiana Di Dalat 14 May 2025
Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2025 23 May 2025
Knowledge Camp 2025 21 Jun 2025
International Archives Week 2025 23 Jun 2025
Sarawak Children's Literature Festival 2025 23 Aug 2025