EN | MY

Sarawak State Library

Read.Innovate.Excel

Siri Ceramah Sarawakiana Bertajuk Sejarah Kedatangan Islam ke Sarawak

Posted on 30 April 2021

Siri Ceramah Sarawakiana yang bertajuk Sejarah Kedatangan Islam ke Sarawak adalah merupakan hasil kajian yang telah dijalankan dari pelbagai sumber seperti sumber Barat, Timur Tengah Nusantara China dan sumber tempatan sendiri yang dibahagikan kepada lima sub-topik, iaitu; hubungan Arab dan Nusantara sebelum Islam; hubungan Arab dan Nusantara selepas Islam; Islam di Nusantara; Islam di Sarawak; dan rumusan.

Selain itu, terdapat juga penjelasan tentang peristiwa, manuskrip dan penemuan-penemuan artifak Islam di sekitar Nusantara sebelum abad ke-14 Masihi. Manakala perbincangan mengenai Islam di Sarawak pula berusaha untuk melihat sejarah perkembangan Islam di Sarawak dan Kerajaan-kerajaan Tua Sarawak dari pelbagai perspektif selain daripada Santubong.

Ingin tahu mengenai sejarah kedatangan Islam di Sarawak? Jom sertai kami dalam Siri Ceramah Sarawakiana: Sejarah Kedatangan Islam di Sarawak yang akan bersiaran pada:
Tarikh: 1 Mei 2021, Sabtu
Masa : 10:00 pagi – 11:00 pagi
Saluran: Facebook dan Youtube Pustaka Negeri Sarawak
Penceramah: Dr. Saimi Bin Bujang, Pensyarah Fakulti Pengajian Islam Kontemporari (ACIS) Universiti Teknologi MARA Cawangan Sarawak.

Anda boleh mendaftar di https://www2.pustaka-sarawak.com/.../index-event.php...

Penyertaan adalah percuma dan terbuka kepada orang awam!

Jangan lupa temu janji kita!
https://youtu.be/vNXLwxP0XXI