EN | MY

Sarawak State Library

Read.Innovate.Excel

Notis Penutupan Pustaka Negeri Sarawak Sehingga Tempoh PKP Ditamatkan

Posted on 21 June 2021

Pengguna yang dikasihi, situasi semasa pandemik COVID-19 di Sarawak menyebabkan kita lebih berwaspada demi keselamatan pengguna dan staf.

Lembaga Pengurusan Pustaka telah memutuskan, setelah mempertimbangkan dengan teliti, untuk menutup Pustaka kepada awam berdasarkan SOP Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Negeri Sarawak, yang dikemaskini pada 28 Jun 2021.

Buat masa ini semua kampus Pustaka Negeri di Sibu, Miri dan Repositori Rekod Negeri juga akan ditutup dari 28 Jun 2026 hingga tamat tempoh PKP.

Tempoh peminjaman buku akan dilanjutkan sehingga Pustaka dibuka semula dan sementara itu, sila gunakan Perkhidmatan Buku Pinjaman BookBear kami yang tersedia dari jam 9 pagi hingga 5 petang kecuali pada hari cuti umum. Penyelidikan di Repositori Rekod Negeri tersedia atas temujanji. Perkhidmatan dalam talian perpustakaan dan repositori kami juga tersedia 24X7 dan sebarang pertanyaan sila hubungi Pegawai Unit Komunikasi kami :
Puan Nur Ashikin Ahmad di talian 01110850191
Puan Afiza Ibrahim di talian 019-8806966
Puan Sonia Suria Abdullah di talian 01112030745
Puan Norzihan Abdullah di talian 019-8899424,
Pustakawan Rujukan, Puan Rozana Octovia di talian 013-8044220
dan
Pegawai Repositori Rekod Negeri, Cik Dorithy Dela ak. Lawrence di talian 013-8098807.

Marilah kita bersama-sama menyekat rantaian jangkitan wabak ini. Bagi menjamin persekitaran yang selamat dan sihat:-
🔹Sila pakai topeng muka setiap masa.
🔹Mendaftar menggunakan Aplikasi MySejahtera.
🔹Mengambil imbasan suhu.
🔹Kerap membersihkan tangan anda.
🔹Mengamalkan penjarakkan fizikal.
🔹Kekal Selamat dan Berwaspada.

Daripada,
Pengurusan, Pustaka Negeri Sarawak