Pustaka Negeri Sarawak akan mengadakan Program Juh Nambah Ilmu bertempat di PDCC Batu, PDCC Semerah Padi, PD Sepakat Jaya dan PD Taman Palma Indah pada 23 Mac 2022.
Program ini disertai oleh penduduk komuniti setempat yang terdiri daripada kalangan remaja dan kanak-kanak.
Antara pengisian untuk program ini adalah Literasi Maklumat, Pendaftaran Keahlian, Mencanting Batik, 3D Doodler, 3D Printer dan mBot.
Program “Juh Nambah Ilmu” merupakan satu program yang memberi pengetahuan dan pendedahan kepada komuniti dengan teknologi terkini serta memastikan komuniti setempat mendapatkan akses kepada maklumat dan pengetahuan.
Objektif program Juh Nambah Ilmu adalah:-
i. Membentuk masyarakat yang membudayakan ilmu pengetahuan
ii. Memberi pendedahan kepada masyarakat di luar bandar berkaitan dengan perkhidmatan/aktiviti perpustakaan
ii. Mempromosikan ilmu dan pengetahuan di dalam melahirkan masyarakat yang
bermaklumat dan berpengetahuan khususnya berkaitan teknologi sekarang.
Please LIKE, COMMENT & SHARE:
Website : https://www.pustaka-sarawak.com/
Telegram : https://t.me/pustakanegerisarawak
Facebook : https://www.facebook.com/pustaka.sarawak/
Twitter : https://twitter.com/pustakaswk
Instagram : https://www.instagram.com/pustakaswk/
Youtube : https://www.youtube.com/user/PustakaSarawak
Pameran Sarawakiana: Menghayati Hari Sarawak 01 Jul 2026
Hari Bersama Pelanggan Pustaka Negeri Sarawak, Sibu 22 Aug 2026
Borneo Cultural Festival 2026 (Sibu) 03 Sep 2026
Sarawak Children s Art & Literature Festival 2026 (Sibu) 05 Sep 2026
Sarawak Children?s Art & Literature Festival 2026 12 Sep 2026