EN | MY

Sarawak State Library

Read.Innovate.Excel

Forum Sarawakiana: Tangible and Intangible Sarawak Cultural Heritage

Posted on 24 May 2022

Pustaka Negeri Sarawak akan mengadakan Forum Sarawakiana: Tangible and Intangible Sarawak Cultural Heritage pada 26 Mei 2022, Khamis pada jam 8.30 pagi di Bilik Koleksi Khas, Aras 1, Pustaka Negeri Sarawak.

Forum ini memberi penerangan secara terperinci mengenai peranan ‘tajau’ (tempayan seramik) dan hubungkaitnya dalam hukum adat perhubungan dalam masyarakat Iban, memaparkan keindahan bahasa yang terdapat di dalam bait-bait pantun dalam persembahan Mukun di Sarawak terutamanya dalam kalangan masyarakat di sekitar Saribas dan pengetahuan untuk mengekalkan warisan budaya Sarawak yang ketara dan tidak ketara.

Ahli-ahli panel yang telah dijemput untuk menjayakan forum tersebut adalah :

Tajuk : Peranan Tajau dalam masyarakat Iban di Rumah Panjang Sarawak
Ahli Panel 1 : Dr. Nordiana binti Ab Jabar, Pensyarah Kanan, Jabatan Pengajian Warisan, Fakulti Teknologi Kreatif dan Warisan, Universiti Malaysia Kelantan.

Tajuk : Keindahan Bahasa dalam bait pantun Mukun Sarawak (Saribas)
Ahli Panel 2 : Encik Sudirman bin Kiffli, Pensyarah , Jabatan Pengajian Warisan, Fakulti Teknologi Kreatif dan Warisan , Universiti Malaysia Kelantan.

Tajuk : Pemeliharaan Warisan - Sarawak Heritage Ordinance 2019
Ahli Panel 3 : Puan Dayang Morzanah binti Awang Haddy , Timbalan Pengarah , Jabatan Muzium Sarawak.

Moderator: Cik Seellren Anak Anthony, Pegawai Tadbir , Jabatan Muzium Sarawak.

Penyertaan adalah percuma. Sila patuhi SOP yang ditetapkan. Peserta yang mendaftar juga boleh menonton secara langsung di media sosial Pustaka Negeri Sarawak, Youtube dan Facebook.

Untuk pendaftaran sebagai peserta atau sebarang pertanyaan lanjut, anda boleh berhubung dengan Puan Dayang Nur Syima Awang Adrus
(cmasyima@sarawak.gov.my) / Aidashermilla Hashim (aidasheh@sarawak.gov.my) di talian 082-440488.