Sempena Pesta Buku Pustaka 2023, salah satu aktiviti yang dijalankan adalah Kempen Derma Darah bersama Tabung Darah Hospital Umum Sarawak pada 29 Julai 2023 jam 10:00 pagi sehingga 3:00 petang bertempat di Bilik Seminar, Pustaka Negeri Sarawak.
Kempen ini diadakan bertujuan untuk menggalakkan orang ramai untuk menderma darah dan memberi kesedaran tentang pentingnya derma darah bagi menyelamatkan nyawa orang lain. Penderma darah yang berjaya akan diberi kudapan serta hadiah sebagai tanda penghargaan di atas sokongan mereka. Penderma darah yang baru dan tetap amat dialu-alukan dan dijemput untuk menyertai kempen ini. Oleh itu, datanglah beramai-ramai pada hari tersebut dan rebutlah peluang yang disediakan ini.
Pegawai untuk dihubungi:
Rozana Octovia Raymond Umpu (rozanoru@sarawak.gov.my) & Veronica Edward Sidi (veronies@sarawak.gov.my)
Jejak Sarawakiana Di Dalat 14 May 2025
Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2025 23 May 2025
Knowledge Camp 2025 21 Jun 2025
International Archives Week 2025 23 Jun 2025
Sarawak Children's Literature Festival 2025 23 Aug 2025