EN | MY

Sarawak State Library

Read.Innovate.Excel

Lawatan Penanda Aras Jawatankuasa Induk Sarawak Lestari

Posted on 28 August 2023

Lawatan Penanda Aras Jawatankuasa Induk Sarawak Lestari ke:
1. SDG Centre Kuala Lumpur
2. URBANICE Malaysia

Lawatan Penanda Aras Jawatankuasa Inisiatif Kesedaran dan Advokasi, Sarawak Lestari diketuai oleh Ahli Lembaga Pengurusan Pustaka Negeri Sarawak, YBrs Prof Dr. Haji Sharen Tun Haji Ahmad Zaidi Adruce.

Lawatan ini juga diiringi oleh YBrs. Tuan Haji Japri Bujang Masli, Ketua Pegawai Eksekutif, En. Wan Mazli Wan Razali, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Operasi), Cik Hajah Salina Zawawi, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Pustaka (Perkhidmatan) serta Ahli Jawatankuasa Induk Sarawak Lestari.

Lawatan penanda aras ini bertujuan untuk bertukar pendapat dan idea mengenai topik kesedaran, advokasi dan inisiatif berkaitan pelaksanaan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG).

Pihak jawatankuasa juga berkesempatan melawat ke Kebun Bandar Sungai Bunus.