EN | MY

Sarawak State Library

Read.Innovate.Excel

Forum Sarawakiana: Melestarikan Seni Warisan Ketara Dan Tidak Ketara Sarawak Di Era Digitalisasi

Posted on 17 October 2023

Mari kita ikuti sesi perkongsian maklumat menerusi Forum Sarawakiana: Melestarikan Seni Warisan Ketara dan Tidak Ketara Sarawak di Era Digitalisasi pada hari Khamis, 19 Oktober 2023 jam 2:30 petang bertempat di Galeri, Aras Bawah, Pustaka Negeri Sarawak.

Forum ini akan mengenai peranan dan kekuatan seni warisan di kalangan masyarat serta keberkesanan media massa dan media sosial sebagai platform komunikasi untuk perbincangan dan memberi kesedaran mengenai seni warisan ketara dan tidak ketara di kalangan masyarakat. Selain itu, dari aspek cabaran dalam penggunaan media massa dan media sosial di era digitalisasi. Forum ini akan disampaikan oleh ahli-ahli panel jemputan yang terdiri daripada:

1. Encik Danny Bin Mohd Zulkifl, Pengasas D Keringkam

2. Puan Ramtiniwati Ramlee, Pengasas Seri Gedong Songket

3. Dr. Ipoi Datan, Pegawai Tadbir N48, Majlis Adat Istiadat Sarawak

Moderator: Encik Awangko’ Hamdan Bin Awang Arshad, Pensyarah Kanan, Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif, UNIMAS.

Penyertaan adalah percuma dan terbuka kepada orang ramai. Untuk sebarang pertanyaan lanjut, anda boleh berhubung dengan Puan Dayang Nur Syima Awang Adrus (cmasyima@sarawak.gov.my) / Aidashermilla Hashim (aidasheh@sarawak.gov.my) di talian 082-374000.