EN | MY

Sarawak State Library

Read.Innovate.Excel

Festival Sarawakiana 2023 : Pertandingan Tarian Tradisional Festival Sarawakiana 2023

Posted on 17 October 2023

Saksikan persembahan menarik oleh peserta kanak-kanak dalam Pertandingan Tarian Tradisional Festival Sarawakiana 2023 yang akan berlangsung pada hari Sabtu, 21 Oktober 2023 bermula pada jam 9.00 pagi di Auditorium Pustaka Negeri Sarawak bersempena dengan Festival Sarawakiana 2023.

Pemenang akan menerima hadiah lumayan beserta sijil penyertaan. Ayuh beramai-ramai ke Pustaka Negeri Sarawak, pelbagai program yang menarik menanti anda bermula pada 19-21 Oktober 2023!

1. Pertandingan ini terbuka kepada semua Tadika KEMAS, ABIM dan SEDIDIK di sekitar Kuching/Samarahan.
2. Pertandingan ini adalah secara berkumpulan yang dianggotai minimum 8 hingga 10 orang peserta dan iringi oleh 3 orang guru.
3. Anggota pasukan boleh terdiri samada daripada semua lelaki sahaja atau perempuan sahaja atau campuran.
4. Setiap tadika boleh menghantar lebih daripada satu (1) pasukan sahaja tetapi hendaklah terdiri daripada peserta yang berlainan/berbeza.
5. Hanya 10 kumpulan terawal yang mendaftar dan menghantar penyertaan adalah layak untuk menyertai pertandingan ini.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Encik Izaruddin Moss / Puan Jassalini Jamain / Puan Alvaena Valentine di talian 082-374000.