EN | MY

Sarawak State Library

Read.Innovate.Excel

Program Minggu Literasi Media Dan Maklumat 2023

Posted on 17 October 2023

PROGRAM MINGGU LITERASI MEDIA DAN MAKLUMAT 2023

Program Minggu Literasi Media dan Maklumat 2023 Pustaka Negeri Sarawak merupakan salah satu program tahunan yang dianjurkan khas oleh Pustaka Negeri Sarawak bersempena sambutan Minggu Literasi Media dan Maklumat Global anjuran United Nations Educational, Scientific and Cultural Organization (UNESCO).

Program yang memasuki edisi ke-4 penganjurannya menyajikan pelbagai aktiviti literasi yang penuh dengan ilmu pengetahun dan kemahiran dalam membantu peserta meningkatkan kemahiran literasi agar lebih cakna dalam pencarian maklumat yang tepat seperti Webinar, Latihan Pangkalan Data, Pertandingan Jejak Maklumat Literasi, Ceramah, Bengkel dan Program Komuniti Literasi.

Program kali ini tidak hanya fokus kepada literasi pencarian maklumat sahaja tetapi memberi pendedahan kepada peserta berkaitan kepentingan literasi kewangan dan literasi kesihatan mental.

Ayuh jangan lepaskan peluang untuk menyertai Program Minggu Literasi Media dan Maklumat 2023 Pustaka Negeri Sarawak pada 24 sehingga 31 Oktober 2023 yang akan datang. Sertai kami beramai-ramai dalam pelbagai aktiviti menarik yang disediakan untuk anda! Semua penyertaan untuk program ini adalah percuma.

Untuk pertanyaan lanjut, anda boleh berhubung dengan pegawai kami Encik Edison anak Ricket (edisonr@sarawak.gov.my) atau Puan Nurfatini binti Apandi (nurfatini@sarawak.gov.my) di talian 082-374000 atau +6019887 3771