Bengkel Asas Sulam Cabut & Simo
Pernahkah anda mendengar sulam cabut dan simo? Adakah anda berminat untuk mempelajari kemahiran seni sulam cabut dan simo?
Jom sertai Bengkel Asas Sulam Cabut & Simo yang akan diadakan pada 19 Oktober 2023 - 21 Oktober 2023, jam 9:00 pagi hingga 4:00 petang bertempat di aras bawah, American Corner, Pustaka Negeri Sarawak bersempena dengan Festival Sarawakiana 2023.
Penyertaan adalah percuma dan terhad kepada 20 orang peserta terawal sahaja. Sila imbas kod QR atau hubungi kami untuk mendaftar.
Banyak program lain juga menanti anda. Jumpa anda di sana!
Sebarang pertanyaan lanjut, anda boleh berhubung dengan dengan pegawai kami Puan Shafinaz Afidia Andrew Affendy (shafiaaa@sarawak.gov.my) di talian 082-374000 / Puan Siti Munirah Idris (sitimi1@sarawak.gov.my) di talian 082-442000.
Pameran Sarawakiana: Menghayati Hari Sarawak 01 Jul 2026
Hari Bersama Pelanggan Pustaka Negeri Sarawak, Sibu 22 Aug 2026
Junior Innovate 2026 Maker Fair X Chumbaka Mid Year Open Day 22 Aug 2026
Borneo Cultural Festival 2026 (Sibu) 03 Sep 2026
Sarawak Children s Art & Literature Festival 2026 (Sibu) 05 Sep 2026