Pustaka Negeri Sarawak akan menganjurkan Seminar Sarawak Lestari bertemakan `Keterangkuman` pada 23 Mei 2024 bermula jam 8:00 pagi bertempat di Galeri, Pustaka Negeri Sarawak.
Orang awam dijemput untuk menyertai seminar ini & penyertaan adalah PERCUMA!
Seminar ini bertujuan untuk liputan yang meluas mengenai kesedaran mengenai Sustainable Development Goals (SDG) atau Matlamat Pembangunan Mampan dan Mendidik peserta tentang 17 Matlamat Pembangunan Mampan dan menekankan kepentingannya dalam menangani cabaran global.
Penceramah jemputan akan menyampaikan empat (4) topik utama;
i. Matlamat 1: Tamatkan Kemiskinan Dalam Semua Bentuk di mana-mana.
ii. Matlamat 2: Hentikan Kebuluran, Capai Keselamatan Makanan & Pemakanan yang Lebih Baik dan Menggalakan Pertanian Mampan.
iii. Matlamat 3: Mencapai Kesaksamaan Jantina & Memperkasakan Wanita dan Gadis
iv. Matlamat 4: Mewujudkan Persekitaran Inklusif Kepada Komuniti Sarawak
Sebarang pertanyaan lanjut sila berhubung dengan pegawai seranta kami Encik Nur Farhan bin Aini ditalian 082-442000.
Sarawak Children's Literature Festival 2025 23 Aug 2025
Sambutan Hari Literasi Sedunia 08 Sep 2025
Sambutan Hari Literasi Sedunia 2025 08 Sep 2025
Sarawak Bookfair 2025 24 Sep 2025
Sarawakiana Festival 2025 25 Sep 2025