Karya ringkas ini menjelaskan serba sedikit terapi untuk pasangan yang belum dikurniakan zuriat. Pelbagai tip dan doa yang dicadangkan untuk diamalkan serta pengalaman peribadi penulis yang kerap bertemu dengan masyarakat untuk dijadikan panduan bersama. Juga disertakan nasihat dan saranan yang diamalkan untuk kebahagian keluarga dalam interaksi kehidupan ke arah mawaddah dan rahmah. Turut dikongsikan tip dan pengalaman pasangan yang tidak mempunyai zuriat tetapi tetap bahagia.