Kompilasi artikel penulis yang pernah disiarkan di portal Sarawak Update, Sarawak Review dan majalah Dewan Masyarakat sekitar tahun 2005 sehingga 2011. Artikel yang ditulis memancarkan isu-isu sosiopolitik yang terus bergema dengan semangat zaman seawal tahun 2005 sehingga berlangsungnya pilihan raya negeri Sarawak ke-10.
Buku ini juga memfokuskan era Tun Abdul Taib Mahmud kerana di sinilah pelbagai isu seperti pembangunan wilayah Sarawak, politik etnik Cina yang mulai berubah pada tahun 2006 dan merebak ke Semenanjung. Pada masa yang sama, isu-isu dalaman komponen Barisan Nasional Negeri Sarawak seperti konflik dalaman SUPP, SPDP, PRS turut diberi perhatian. Isu-isu dalam parti politik sendiri seperti penjenamaan politik, konstruksi politik cool, menegak hak asasi menerusi undi, kemiskinan bandaran, kesedaran politik baharu, media baru dan implikasi kepada politik semasa dan sebagainya. Jadi buku ini merupakan analisis rakaman peristiwa yang berlaku secara lebih terperinci tentang sosial dan politik Sarawak.