EN | MY

Sarawak State Library

Read.Innovate.Excel

Motivasi Perkhidmatan Awam: Dalam Kalangan Negara Maju Dan Membangun

image description
Call no.
: 658.314 MUH
Author
: Muhamad Ali Embi
Contributor
: Norayah Binti Adenan
Summary
Matlamat jabatan kerajaan akan tercapai secara menyeluruh menerusi gabungan kerjasama antara pengurusan tertinggi, pegawai serta kakitangan menuju peningkatan kualiti dan produktiviti. Buku “Motivasi Perkhidmatan Awam Dalam Kalangan Negara Maju dan Membangun”, menjelaskan peranan dan keperluan motivasi kepada pekerja khususnya pekerja sektor awam. Buku ini menghuraikan sejumlah 24 perbincangan berkaitan motivasi yang dikumpulkan menerusi 6 bab utama meliputi pendahuluan iaitu motivasi dan kehidupan manusia, teori-teori motivasi dalam sektor awam, motivasi perkhidmatan awam dalam kalangan penjawat awam di negara-negara maju, motivasi perkhidmatan awam dalam kalangan penjawat awam di negara-negara sedang membangun dan perbezaan pandangan mengenai kepentingan terhadap wang dalam kajian motivasi perkhidmatan awam. Penulis merungkai motivasi sebagai sesuatu yang mendorong perilaku seseorang individu dan tingkat usaha yang diamalkan demi mencapai sesuatu matlamat. Tinggi atau rendahnya motivasi seseorang akan mempengaruhi pula tinggi atau rendah prestasi kerjanya. Kakitangan awam yang terlibat dengan tugas-tugas perkhidmatan awam sepatutnya memiliki Motivasi Perkhidmatan Awam yang telus dn tanpa mengharapkan balasan daripada kerja yang mereka lakukan ke atas masyarakat awam.