Buku ini membincangkan mengenai dua jenis solat musafir iaitu solat qasar dan solat jama`. Selain daripada itu, buku ini juga membincangkan perkara berkaitan dengan musafir seperti hukum dan adab-adabnya dan faedah serta kelebihannya. Selanjutnya, penulis menerangkan dengan lebih lanjut mengenai definisi qasar dan jama` serta hukum-hakam dan syarat-syarat kedua-duanya. Buku ini sangat bermanfaat kepada mereka yang bermusafir.