Melalui pembacaan buku ini, saya dapat sedikit sebanyak pengentahuan berkenaan dengan bagaimana sesebuah enjin disel berfungsi. Melalui buku ini juga kita dapat melihat dengan lebih dekat berkenaan dengan jenis-jenis komponen yang terdapat dalam enjin disel yang sedikit berbeza dengan enjin petrol. Penulis buku ini adalah seroang yang berpengalaman dalam bidang kejuruteraan mekanikal. Penulis juga ada memberi penerangan berkenaan dengan enjin yang menggunakan bio-disel dan “vegetable oil”. Selain itu juga penulis menerangkan langkah-langkah yang perlu diambil tahu semasa melakukan “troubleshooting” dan “repair” enjin. Dengan bantuan ilustrasi yang jelas dapat membantu saya sebagai pembaca mengenai enjin disel.