Buku ini sesuai dijadikan bahan bacaan tambahan selain daripada memberi pendedahan awal untuk mengetahui secara ringkas berkaitan tentang keuruteraan awam. Secara ringkasnya kejuruteraan awam adalah satu bidang yang merangkumi aspek pembinaan, penyelenggaraan dan perlindungan alam sekitar.
Kemudian ia dipecahkan kepada beberapa bidang dalam kerja kejuruteraan awam.
Antaranya adalah :
1. Kejuruteraan pembinaan
2. Struktur dan bahan binaan
3. Ukur kejuruteraan
4. Geoteknik
5. Sistem pengangkutan (Kej. Jalan raya dan isyarat lalulintas)
6. Bekalan air
7. Sistem pembersihan dan kumbahan.
Buku ini sangat baik dan amat berguna kerana:
1. Menggunakan bahasa yang mudah difahami.
2. Menggunakan grafik dan gambar.
3. Kandungan yang padat dan ringkas.
4. Sesuai dijadikan rujukan kepada pelajar teknik , juruteknik dan tenaga pengajar kerana ia memenuhi
sukatan pelajaran Kementerian Pendidikan Malaysia.
5. Memudahkan teknik pembelajaran.
6. Menyediakan soalan di setiap hujung tajuk bagi tujuan pemahaman untuk setiap topik.