Jika anda gemar makan, buku Rahsia Diet Malaysia amatlah sesuai untuk anda. Rahsia besar yang didedahkan oleh penulis dalam buku ini sebenarnya perkara mudah: diet Malaysia membolehkan anda makan secara sihat sambil membolehkan anda menikmati kuisin enak dalam masyarakat kita. Dalam buku ini penulis
juga telah berkongsi pengetahuannya tentang hidangan yang kita makan semasa sarapan, makan tengah hari, makan malam, snek dan lewat malam.
Penulis juga mendedahkan kesan ngeri amalan makan yang tidak sihat. Beliau dengan yakin menyatakan bahawa diet tidak sihat adalah penyebab utama penyakit-penyakit kronik seperti obesiti, penyakit jantung, diabetes dan kanser. Dan terdapat satu cara sahaja untuk mencegah penyakit-penyakit tersebut – amalkan
makan secara sihat dan kehidupan yang aktif. Penulis juga telah mendedahkan rahsia mengenai diet Malaysia yang sihat dan berkongsi prinsip-prinsip asas makan secara sihat serta membimbing anda cara menerapkan pemakanan sihat dalam kehidupan harian.