EN | MY

Sarawak State Library

Read.Innovate.Excel

Jangan Sentap, Okey!

image description
Call no.
: 899.233010803/IZM
Author
: Izman Pauzi
Contributor
: Mohd. Awis bin Abu Bakar
Summary
Buku ini mengisahkan kisah penulis sebagai orang HR (human resource/sumber manusia). Penulis adalah seorang graduan Universiti Utara Malaysia dalam jurusan Sarjana Muda Pengurusan Sumber Manusia dengan Kepujian. Semua kisah yang dipaparkan adalah berdasarkan pengalaman sebenar penulis. Buku ini sangat menarik untuk dibaca kerana kisahnya sendiri yang berjaya menarik perhatian sesiapa sahaja yang membacanya. Penggunaan bahasa yang digunakan oleh penulis mudah difahami serta diselitkan dialog/percakapan harian membuatkan buku ini terasa ‘real’/jujur di kalangan pembaca. Saya amat tertarik dengan pekerjaan penulis yang bertugas sebagai seorang eksekutif sumber manusia di sebuah syarikat swasta. Banyak kisah penulis yang ditulis dalam buku ini boleh dijadikan panduan kepada mana-mana pembaca yang belum mempunyai pengalaman dalam bidang pekerjaan. Pengalaman penulis sememangnya menarik kerana banyak cabaran yang beliau terpaksa hadapi sepanjang beliau bertugas. Contohnya, isu pemecatan pekerja oleh pemilik syarikat atas alasan yang sangat tidak munasabah. Beliau berada dalam situasi yang berbelah bahagi sama ada ingin meneruskan pemecatan pekerja tersebut ataupun menukar fikiran pemilik syarikat berkenaan. Buku setebal 206 muka surat ini juga diselitkan beberapa tips dalam menghadiri sesi temuduga dan juga tips-tips berguna sebagai seorang pekerja di sesebuah syarikat atau jabatan. Saya merekomenkan buku ini sebagai bahan bacaan untuk semua staf Pustaka Negeri Sarawak.