Buku ini adalah merupakan terjemahan daripada buku bertajuk Life Skills : Confident Cooking terbitan Capstone Global Library Limited. Kandungan buku ini mendedahkan perkara asas mengenai bidang masakan seperti peralatan dapur, masa dan suhu yang ditetapkan untuk hidangan, cara menjaga keseimbangan hidangan dan cara memasak. Selain itu terdapat terdapat beberapa soalan kuiz dan tips mengenai bidang masakan yang disediakan kepada pembaca di dalam buku ini. Buku ini juga turut memaparkan mengenai kerjaya dalam bidang masakan yang diceburi oleh seorang pemain bola sepak kepada salah seorang chef selebriti yang paling terkenal iaitu Gordon Ramsay. Selain itu terdapat beberapa kerjaya chef selebriti lain yang diketengahkan di dalam buku ini untuk memberi inspirasi kepada pembaca yang menjadikan memasak sebagai bidang kerjaya.