Dari buku ini, kita mengetahui bahawa menerusi doa, seseorang dapat mengenali kelemahan dirinya sebagai makhluk dan dapat mengenali kehebatan Allah S.W.T sebagai khalik. Dengan berdoa, seorang muslim mempunyai rasa optimis dalam mengharungi hidupnya di dunia yang fana ini. Doa juga merupakan program seorang muslim atau sebuah perancangan yang harus dicapai. Oleh itu, sebaik-baik doa adalah berdoa dengan doa yang dituntunkan oleh Allah S.W.T yang diabadikan dalam Kitab Suci Al-Quran kemudian doa yang diajarkan oleh Rasulullah S.A.W melalui sunnahnya. Berdoa dengan bahasa komunikasi apa pun, yang penting lahir dari keyakinan dan kecintaan kepada Allah S.W.T.