EN | MY

Sarawak State Library

Read.Innovate.Excel

Penanaman Sayur – Sayuran Organik

image description
Call no.
: 635.0484 SAP
Author
: Endro Saptono
Contributor
: Freda Binti Padel
Summary
Ulasan saya adalah daripada buku ini ialah mengupas tetang kaedah penanaman sayur-sayuran organic di perkarangan rumah,penyediaan benih tanaman, teknik penanaman, penyeldiaan baja organik, proses penjagaan, pengawalan hama dan penyakit sehingga penuaian dan pengendalian hasil lepastuai.Penanaman sayur – sayuran secara organic boleh dilakukan secara langsung di atas tanah atau dalam pasu dan boleh juga melalui kaedah penyemaian terlebih dahulu.Percambahan biji benih dapat dipercepatkan dengan cara merendam biji – biji tersebut di dalam air panas pada suhu sekitar 50’C di dalam air panas tersebut akan mempercepatkan dormansi,sehingga biji benih sayur-sayuran akan tengelam,dan selebihnya akan terapung.Benih yang terapung menunjukkan proses percambahan gagal dilakukan dan perlu dibuang.Hanya biji benih yang tenggelam sahaja digunakan.Kelebihan penanaman secara langung dinilai dari aspek praktikalnya kerana biji benih yang ditaburkan atau ditugal secara langsung di atas batas penanaman akan berkembang dengan baik tanpa perlu melalui proses percambahan.