EN | MY

Sarawak State Library

Read.Innovate.Excel

Mengharungi Kehidupan dengan Stres

image description
Call no.
: TM 362.2 LEE
Author
: Dr. Nelson Lee
Contributor
: Shirren anak Dennis
Summary
Buku ini adalah berkaitan dengan stres. Stres adalah merupakan satu tindak balas terhadap cabaran-cabaran serta peristiwa yang mengganggu atau mengancam kita. Stres juga boleh dilihat sebagai reaksi tubuh badan ke atas situasi-situasi berbentuk fizikal mahupun emosional yang mengakibatkan keadaan tidak seimbang dalam kehidupan kita. Seseorang yang berada dalam keadaan stres akan mengalami peningkatan pada kadar denyutan jantungnya. Dia juga bernafas dengan lebih laju manakala otot-ototnya pula menegang. Stres boleh dicetuskan oleh pelbagai peristiwa sama ada negatif atau positif. Kita semua memerlukan sedikit stres untuk berfungsi pada tahap yang optimum. Kuncinya adalah mencari tahap stres optimum tersebut agar dapat memotivasikan tanpa menyebabkan kita tunduk mengalah di bawah beban tekanan stres.