EN | MY

Sarawak State Library

Read.Innovate.Excel

BLUR: Bila kau sendiri tak pasti apa yang kau cari

image description
Call no.
: 899.233010803 BON
Author
: Bonda Nor
Contributor
: Niniefadzillea Iswandi
Summary
Antalogi BLUR merupakan kompilasi 22 buah cerpen yang dihasilkan oleh peserta yang mengikui Bengkel Bonda Nor. Cerpen-cerpen yang ditulis ini mengisahkan perjalanan hidup anak-anak remaja yang baru menginjak ke alam dewasa. Ketika melalui usia remaja, mereka sering berhadapan dengan pelbagai cabaran dan onak duri. Namun setiap permasalahan yang melanda kehidupan pastinya dapat diselesaikan melalui usaha dan langkah yang betul. Remaja pastinya memerlukan bimbingan dan nasihat ketika membuat pilihan dalam hidup atau ketika berhadapan dengan sesuatu masalah. Andai silap membuat perhitungan, akan timbul masalah lain pula. Oleh itu, buku ini memberikan banyak pengajaran dan nilai murni positif yang boleh diteladani oleh para pembaca terutamanya remaja. Cerpen-cerpen yang ditulis juga adalah berdasarkan daripada kisah benar dan pengalaman penulis sendiri. Teknik penulisan yang menarik dan mudah difahami ini amat sesuai dibaca oleh setiap peringkat umur.